Wednesday, November 11, 2009
Pergantungan & Pengharapan kepada Yang Satu…
Jam di tangan menunjukkan tepat 12:30tgh…tapi nun di luar sana cuaca mendung, gelap pekat seolah2 pukul 7:00 mlm…Khamis 29 November 2009.. Tetiba awan gelap menyelubungi langit yg cerah pagi tadi.. diikuti dengan hujan lebat, petir sabung menyabung serta kilat..
tetiba hati ini jadi takut & cemas..
Macam mana pelajar2 hendak ke bilik peperiksaan dalam keadaan hujan lebat mencurah2? Bagaimana mungkin pelajar lelaki menaiki motosikal untuk sampai ke dewan peperiksaan? (peperiksaan telah bermula semalam 28 November, Rabu)..
“Ya Allah, mudahkan & selamatkan pelajar2ku untuk hadiri peperiksaan di Dewan Kompleks Sukan dan dewan2 di bangunan S & T.”
Dalam lamunan ..dimana anakku? … ‘Izzat di sekolah Jeram(asrama) manakala Najid di Hidayah Ipoh (dah selesai peperiksaan STAM)..alhamdullillah..
Kalau dulu (ketika anak2 masih kecil di sekolah rendah)., setiap kali hujan lebat, langit gelap dan mendung, perasaan sedemikian terus menerjah ke hati kecil ini walaupun sedang memeriksa kertas soalan ujian/kuiz, mahupun sedang memberi kuliah..cepat2 mengadu ”Ya Allah selamatkan anak2ku, jika dalam perjalanan ke rumah dari sekolah mahupun menyeberangi jalan setelah turun dari bas sekolah..”
(naluri seorang ibu ketika langit yang cerah tetiba jadi gelap, malap menandakan petir akan berlaku atau langit akan mencurahkan hujan).. ataupun perasan lebih umie???
Allah, ighfir dzunubiii
Manusia rupanya kerdil & amat memerlukan Allah yg Maha Kuasa lagi Maha Mendengar..
Abdullah Ibn Zubair r.a apabila mendengar halilintar berdentuman , dia diam lalu membaca:
“Maha Suci Tuhan yang halilintar membaca tasbih dengan memujiNya, begitu juga para malaikat kerana takut akanNya.”
Allah swt telah berfirman & mafhumnya: “..Dia telah memperlihatkan kilat kepada kamu, menimbulkan ketakutan dan pengharapan dan Dia yang mengadakan awan tebal”
“..Dan guruh itu bertasbih memuji Tuhan dan juga malaikat-malaikat kerana takut kepadaNya. DikirimkanNya petir, lalu mengenai siapa yang dikehendakiNya. Mereka membantah tentang Allah, dan tindakanNya amat keras.. .” (Ar Ra’d:12 & 13)
(alahai ramai lagi ibu2 lain yg prihatin & sensitif!) ……………….
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
umie dearest
ReplyDeleterindunye umie. i thank Allah for granting us such a beautiful and loving mother. cant ask for more. moge Allah ganjari umie n abah syurgaNya nnt. ameen :)
luv, akak