Labaikallahumma labaik…
Hari ni adalah 6 Dzulhijjah & 2 hari lg para hujjah akan berangkat ke bumi 'Arafah...mini padang Mashyar, dimana masing2 sibuk berdoa & munajat sesungguh kpd Yang Maha Esa.. terbayang khemah2 kecil memutih di Padang ‘Arafah serta lautan manusia….khusuk menagih simpati, keampunan, keberkatan serta keredhaan Yang Maha Agung… Hati ini masih merindui bumi Mekah, Madinah & 'Arafah walaupun baru Rejab yg lalu telah menziarahinya..
Entah kenapa ya?? Bukan dek kerana cantik, teraturnya bangunan di Madinah, kedai2, mahupun hotel di Mekah...
Bahkan di situlah terletaknya kubah hijau, maqam Rasullullah saw tercinta & Khatamul Ambiyak, yg telah membawa risalah agung serta mengeluarkan manusia dari jahilliyah kegelapan kpd tamadun manusia hari ini.. Diri ini serta setiap kaum hawa amat bersyukur dengan pemerkasaan wanita dlm Islam oleh AR Rasul saw hingga ke saat ini…Alhamdullillahi rabbil ‘alameen..
Di Mekah pula menggamit peristiwa pembinaan rumah Allah oleh Nabi Ibrahim & anaknya Ismail serta wanita gigih lagi beriman yg meletakkan kepercayaan serta tekad kepada Allah Yg Satu.... siapa lagi kalau bukan Siti Hajar. (Safa & Marwah serta air zamzam jadi bukti pengorbanan tinggi wanita ini yg bijak membentuk anaknya Ismail a.s)...
Kaabah dikunjungi oleh jutaan manusia dari segenap jeruk bumi Allah..setiap masa dari zaman siap pembinaan hingga kini.. tak jemu2 manusia berkunjung untuk beribadah hanya untuk Allah Yg Satu.. kenapa, tak pecaya??
Kalau buat kajian, tiada satu saat pun Kaabah lengang dari manusia yg khusuk Thowaf...
Semua maklum yg air zamzam tu pernah kering walupun di sedut & hantar ke Madinah, bergelen2 para hujjah minum, bawa balik bekalan, penawar segala penyakit, tak jemu2 pulak meminumnya..khasiatnya hanya Allah Yg Maha Mengetahui..
Lantaran kita disini(tidak jadi tetamu Allah), jom banyakkan pose di awal Dzulhijjah sesuai dgn hadis dibawah:
Ibn Abbas ra meriwayatkan bhw Rasullullah saw bersabda: ‘Tidak ada hari2 yg lebih disukai Allah untuk org2 yg beriman mengerjakan amal2 yg soleh didlmnya melainkan 10 hari yg pertama pd bulan Dzulhijjah. Para sahabat bertanya: Ya Rasullah! Tidak jugak jihad pd jalan Allah? rasulullah bersabda: Ya. Tidak juga jihad dijalan allah, kecuali mrk yg keluar berjuang dgn jiwa dan harta bendanya lalu gugur syahid dan tidak kembali lagi' hadis termidzi..
..Kalau x dapat buat semua .. jgn tinggalkan semua.!!.(buat ikut kemampuan he..he..janji ikhlass)
Sunday, November 22, 2009
Wednesday, November 11, 2009
Pergantungan & Pengharapan kepada Yang Satu…
Jam di tangan menunjukkan tepat 12:30tgh…tapi nun di luar sana cuaca mendung, gelap pekat seolah2 pukul 7:00 mlm…Khamis 29 November 2009.. Tetiba awan gelap menyelubungi langit yg cerah pagi tadi.. diikuti dengan hujan lebat, petir sabung menyabung serta kilat..
tetiba hati ini jadi takut & cemas..
Macam mana pelajar2 hendak ke bilik peperiksaan dalam keadaan hujan lebat mencurah2? Bagaimana mungkin pelajar lelaki menaiki motosikal untuk sampai ke dewan peperiksaan? (peperiksaan telah bermula semalam 28 November, Rabu)..
“Ya Allah, mudahkan & selamatkan pelajar2ku untuk hadiri peperiksaan di Dewan Kompleks Sukan dan dewan2 di bangunan S & T.”
Dalam lamunan ..dimana anakku? … ‘Izzat di sekolah Jeram(asrama) manakala Najid di Hidayah Ipoh (dah selesai peperiksaan STAM)..alhamdullillah..
Kalau dulu (ketika anak2 masih kecil di sekolah rendah)., setiap kali hujan lebat, langit gelap dan mendung, perasaan sedemikian terus menerjah ke hati kecil ini walaupun sedang memeriksa kertas soalan ujian/kuiz, mahupun sedang memberi kuliah..cepat2 mengadu ”Ya Allah selamatkan anak2ku, jika dalam perjalanan ke rumah dari sekolah mahupun menyeberangi jalan setelah turun dari bas sekolah..”
(naluri seorang ibu ketika langit yang cerah tetiba jadi gelap, malap menandakan petir akan berlaku atau langit akan mencurahkan hujan).. ataupun perasan lebih umie???
Allah, ighfir dzunubiii
Manusia rupanya kerdil & amat memerlukan Allah yg Maha Kuasa lagi Maha Mendengar..
Abdullah Ibn Zubair r.a apabila mendengar halilintar berdentuman , dia diam lalu membaca:
“Maha Suci Tuhan yang halilintar membaca tasbih dengan memujiNya, begitu juga para malaikat kerana takut akanNya.”
Allah swt telah berfirman & mafhumnya: “..Dia telah memperlihatkan kilat kepada kamu, menimbulkan ketakutan dan pengharapan dan Dia yang mengadakan awan tebal”
“..Dan guruh itu bertasbih memuji Tuhan dan juga malaikat-malaikat kerana takut kepadaNya. DikirimkanNya petir, lalu mengenai siapa yang dikehendakiNya. Mereka membantah tentang Allah, dan tindakanNya amat keras.. .” (Ar Ra’d:12 & 13)
(alahai ramai lagi ibu2 lain yg prihatin & sensitif!) ……………….
Subscribe to:
Comments (Atom)